Sulit
6 tahun
Lewat Haid- masalah kesuburan
Saya sedang menjalani rawatan untuk kesuburan dan buat masa sekarang saya tengah tunggu masa untuk on clomid buat first time. Sebelum ini hanya makan acid follic dan minyak omega lebih kurang 3 bulan.Masalahnya haid saya sekarang terlewat seminggu dan adakah saya patut makan ubat turun haid bagi memulakan sesi clomid saya?saya tidak membuat test kehamilan kerana trauma dan takut kecewa.Apakah yang patut saya tunggu?adakah perlu tunggu seminggu lagi dan perlu juga buat test kehamilan?tq.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, masalah haid lewat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja. - Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda. - Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang. - Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid. - Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat.
Clomid merupakan ubat yang boleh memulakan ovulasi jika diambil dengan betul mengikuti nasihat doktor anda. Sekiranya haid lewat selepas rawatan Clomid, anda disarankan untuk merujuk masalah tersebut kepada doktor anda untuk nasihat yang sesuai.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.