
Sulit
4 tahun
Lewat period tp upt negatif
Saya wanita berumur 26 dan telah pun berkahwin selama 3 tahun. Saya menghidap pcos & period saya tidak teratur. Bulan ini saya lewat period selama 16 hari. Apabila saya melakukan ujian air kencing, keputusannya negatif. Setiap bulan period saya paling lambat pun dalam 2 atau 3 hari. Apa yg patut saya buat skrg doc?

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami.
Saya memahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kondisi tubuh yang telah mendapat hasil tes UPT yang berbeza.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain seperti ujian darah dan ultrasound. UPT berfungsi dengan mengesan hormon hCG yang dirembeskan oleh wanita ketika mengandung. Sekiranya hormon ini tidak cukup tinggi di awal usia kandungan, ujian UPT boleh memberikan keputusan negatif walaupun anda mengandung.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda diwaktu yang akan datang, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul. Kecelaruan mengenai keputusan ujian kehamilan boleh disebabkan:
- Alat ujian rosak
- Hormon terlalu rendah
- Cara penggunaan salah
Walau bagaimanapun, haid merupakan salah satu tanda yang jelas tidak terjadi kehamilan. Namun haid yang terlambat pula boleh disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Yang pasti, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi rahim dan kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Dalam pada waktu yang sama, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.