Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Lidah berasa kebas dan berdenyut

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: April 28, 2020 1:52 AM

Sulit 2 bulan

Hai Dr, sy ingin bertanya kenapa lidah saya berasa kebas dan spt selepas makan buah nenas. Dan pada masa yg sama ade berada berdenhyut dan bergerak. Dh sebulan sy rasa tidak selesa dengan lidah sy. Apakah puncanya Dr? TK.

Dr Sri Viknarajan 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebetulnya, sebelum membuat kesimpulan tentang kondisi anda, maklumat lanjut masih diperlukan untuk mendiagnosis seperti apakah terdapat perubahan rasa saat anda mengunyah makanan, apakah terdapat perubahan warna, dan sebagainya.

Untuk makluman anda, lidah kebas disertai sensasi seperti yang disifatkan sakit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Gangguan somatoform (sejenis masalah psikiatri yang mana pesakit mempunyai keluhan yang timbul tanpa dapat dijelaskan asal datang keluhan)
  • Akibat pemakanan (lidah sensitif). Contohnya makanan yang pedas atau panas
  • Multiple sclerosis
  • Hypoglycemia (kurang gula dalam darah)
  • Burning Mouth Syndrome (BMS)
  • Sawan
  • Stroke
  • Kanser mulut

Memandangkan kondisi menganggu kehidupan seharian, hal ini boleh dikatakan serius. Justeru, sebaiknya anda mengunjungi klinik kesihatan dan mendapatkan rujukan ke doktor pakar psikiatri untuk dapat dilakukan pemeriksaan lanjut serta supaya dapat diberikan rawatan yang tepat.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Apr 28 2020 01:52:11 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Kebas dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Tangan selalu merasa lebas seleas bersalin Tangan dan jari2 selalu kebas dan tidak dapt merasa… Makin kerap lpas bersalin Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Tangan dan jari terasa kebas masa bersalin dan makin kerap selepas bersalin Sya adalah seorang wanita yang selalu mengalami gejala kebas tangan dan jari… Masa mengandung saya selalu rasa kebas dan ia smeakin kerap selepas bersalin… Kadangkala bila sya memegang pisau tib… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Kaki kebas dan rasa seperti dicucuk Saya berumur 39 tahun,wanita,ada darah tinggi…baru2 ini saya mengalami kebas kaki dan kadang kadang seperti dicucuk jarum…apakah mslh saya Baca lagi...
6 hari
Sulit
Sakit dan kebas di peha kanan Saya wanita berumur 31 tahun dan mengalami sakit serta kebas di peha kanan. Pada mulanya saya hanya berasa kebas semasa baring sejak pertengahan bulan Mac dan ianya berlarutan sehingga sekarang.… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Kaki Dan tangan kebas2 Tangan Dan kaki sebelah kiri kebas2… ubat apa yg sesuai yg ada jual dkt farmasi tq Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi