
ryna_eleven
4 tahun
Luka bersalin episiotomi
Saya ibu dalam pantang hari ke 28. Sy bersalin secara forcep. Luka sy masih belum sembuh sepenuhnya. Berapa lama masa diambil untuk sy sembuh? Sy telah pergi ke klinik swasta dan doc inform luka sy ade ckit masih raw pd hari ke20. Sy tidak dpt berdiri lama kerana terasa tegang dan kdg2 sakit sedikit.
Sy juga risau untuk membuang air besar kerana takut luka terkoyak. Adakah luka yg hmpir sembuh bole terkoyak semula?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, luka episiotomy biasanya mengambil sekurang-kurangnya 6 minggu untuk sembuh. Bagi memastikan pemulihan yang baik, sila jaga kebersihan kawasan tersebut. Anda juga disarankan untuk mengelakkan sembelit dengan makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan agar luka tidak terbuka ketika membuang air besar.
Penjagaan luka yang tidak betul dan masalah sembelit boleh menyebabkan gangguan terhadap penyembuhan luka. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.