
Sulit
2 tahun
Luka pembedahan bersalin berlubang dan berdarah
Saya bersalin secara pembedahan haro ke 25. Sudah 3 kali ceaser. Tapi luka pembedahan saya ada beberapa tempat yang bengkak,dan pecah keluar darah dan air bisa. Saya telah dapatkan rawatan doktor, doktor bagi saya antibiotik makan dan krim. Ubat telah habis, tapi perut masih lagi mengeluarkan darah dan air bisa. Pertanyaan saya, perlukah lubang yang berdarah itu saya letak krim untuk bagi lubang itu bertutup semula. Atau saya perlu tunggu air bisa dan nanah tu betul2 kering baru letak krim untuk bagi lubang itu bertutup. Keadaan badam saya sihat,tiada demam atau apa2 tidak sihat.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi membuat pemeriksaan luka bersalin anda dan agar langkah penutupan dan pembersihan luka yang selamat dan efektif dapat diberikan bagi mencegah jangkitan kuman pada bahagian luka. Sekian