
Sulit
4 tahun
Makan postinor lalu pancut dalam
Hi , sy inginkan kepastian . sy memakan postinor pada pukul 11pagi , 12 jam selepas itu sy mengambil dos yg kedua . 3 jam selepas sy memakan dos kedua pasangan saya pancut dalam lagi . adakah sy perlu memakan postinor sekali lagi ?

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun berikut hanya deskripsi awal yang memerlukan arahan selanjutnya dari doktor yang lebih pakar.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Untuk makluman anda, morning after pill yang sering dikaitkan di Malaysia adalah Postinor-2. Iaitu sebuah pil yang mengandungi hormon progesteron yang tinggi bagi menghalang kehamilan berlaku. Sekiranya postinor diambil secara kerap, terdapat beberapa kesan sampingan yang biasanya berlaku seperti :
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Pendarahan
Antara kontraindikasi (baca: syarat-syarat tidak boleh digunakan) pil Postinor-2 adalah:
- Kehamilan
- Masih menyusu anak bayi
- Terdapat perdarahan kelamin (baca: istihadah)
- Gangguan organ hati
- Sejarah alahan pada ubat
- Telah melakukan hubungan seks melebihi 72 jam sebelumnya
Untuk pengetahuan anda, tablet pertama Postinor harus diambil tidak lewat daripada 72 jam selepas bersetubuh. Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama. Justeru anda dinasihatkan untuk tidak lagi memakan pil postinor kerana dikhuatiri overdose. Namun sekiranya anda masih was-was, boleh segera berjumpa dengan doktor. Selain itu, seperti yang telah diterangkan, pil hormon ini akan cuba sedaya upaya merubah kondisi hormon tubuh agar pesenyawaan (baca: fertilization) tidak berlaku dalam rahim.
Untuk mengetahui dos ubat yang sesuai, anda boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).