
Anonymous
5 tahun
Masalah dalaman wanita
Saya wanita umur 26tahun… Dan sudah berkawin… Tp masih belum ada cahaya mata… Soalan saya setiap kali melakukan hubungan suami isteri perkara normal air mani suami akan keluar balik setelah suami pancut dalam… Tapi adakah normal jika esok paginya jika saya bangun dari tmpt tidur dan berdiri… Air mani itu keluar lagi membasahi seluar dalam saya… Saya sering mengalami situasi ini ketika saya melakukan hubungan dgn suami sahaja…saya risau kalau saya ada masalah dalaman wanita…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ianya adalah perkara normal adalah kerana saty ejakulasi akan melepaskan berjuta sperma dan sperma yang berjaya ke bagian belakang vagina (posterior fornix) akan berjumlah beribu dan jumlahnya akan terus berkurang sepanjang perjalanan menerusi serviks, uterus dan hanya satu sperma sahaja yang diperlukan untuk bersenyawa dengan telur.
Sekiranya anda telah berusaha melebihi setahun untuk mendapatkan cahaya mata, ketidaksuburan boleh disebabkan oleh
- Fallopian tube tersumbat
- kurang sperma bagi lelaki
- ovarian cyst
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.