Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah ejakulasi/pancut awal

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Julai 1, 2020 7:33 AM

Sulit 40 hari

Saya berumur 21 tahun, saya mengalami masalah cepat pancut. Ketika melakukan hubungan intim dan onani, zakar saya sukar dan lambat mengeras malahan ianya terpancut lebih awal sebelum mengeras atau mencapai tahap sebenar. Malahan, bentuk zakar saya juga kelihatan sangat lemah iaitu membengkok ke bawah walaupun sudah mengeras. Perkara ini membuat saya berasa malu, down dan tertekan. Apa punca dan rawatan yang perlu saya lakukan

Dr Sashini Seeni 40 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ejakulasi pramatang yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kebanyakan kes ejakulasi/pancutan pramatang tidak berkaitan dengan sebarang penyakit dan sebaliknya disebabkan oleh faktor psikologi, seperti:

  • psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
  • psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
  • neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
  • endokrin - masalah tiroid
  • arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
  • masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
  • kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain

Oleh hal yang demikian, cara untuk merawat penyakit ini adalah seperti yang berikut:

  • Kaunselling
  • Senaman otot pelvik
  • Teknik jeda-pegang
  • Kondom
  • Ubat-ubatan

Anda disarankan untuk mengelakkan hubungan seks rambang untuk mengelakkan penyakit kelamin. Onani juga harus dikurangkan kerana ini boleh mengganggu tahap sensitif kemaluan dan secara psikologi. Berikut merupakan jawapan am bagi soalan yang diajukan. Bagi mengatasi masalah anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih

Dikemaskini pada: Wed Jul 01 2020 07:33:39 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Ejakulasi Pramatang dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Masalah ejakulasi/pancut awal Saya berumur 21 tahun, saya mengalami masalah cepat pancut. Ketika melakukan hubungan intim dan onani, zakar saya sukar dan lambat mengeras malahan ianya terpancut lebih awal sebelum mengeras at… Baca lagi...
40 hari
Sulit
Pramatang ejekulasi (pancut awal) Saya 23 tahun dan saya ada masalah pancut awal disebabkan tabiat onani pada awal usia … bagaimanakah cara untuk merawatinya? Baca lagi...
6 bulan
Sulit
Masalah pancut awal ketika bersama Hi, sy ingin bertanya tentang masalah sy yg tidak tahan lama ketika bersama. adakah ini hal yg normal ataupon tidak. apakah rawatan atau nasihat yg boleh sy amalkan? Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Ejakulasi pramatang @ pancut awal Saya lelaki berumur 20 tahun. Saya kerap onani (2-3 kali sebulan). Saya perasan yang saya semakin cepat pancut dlm linkungan 5 minit. Adakah saya mngalami ejakulasi pramatng? Boleh dr syorkan … Baca lagi...
27 hari
Sulit
Zakar bengkok sedikit apabila tegang, kencing tidak lawas, ejakulasi pramatang Hai, sy umur 21 tahun belum berkahwin. Saya mempunyai masalah zakar bengkok ke bawah sedikit apabila tegang. Saya juga dapati lps sy kencing, masih ada sedikit yg keluar. Saya juga mempunyai pan… Baca lagi...
54 hari
Tebus baucar RM15 di e-farmasi >