Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah gerd atau gastrik

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Jun 14, 2021 6:25 PM

Sulit 14 bulan

hi, saya kena gastrik pada bulan mac, dan sehingga kini saya kerap membuang angin seperti sendawa rasa masam di tekak yang kerap, perut kembung, kadang kadang perut macam bergerak sebab kembung, dan kerap kentut. saya juga seorang yang kuat minum coffee. boleh dikatakan hari hari juga saya menghadapi masalah ini. tiap kali lepas makan perut saya akan bloated dan sendawa tanpa henti. mengapa masalah gastrik/gerd saya lambat baik ya? atau saya menghidap penyakit lain?

Dr Sri Viknarajan 14 bulan
General Practitioner

Salm sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Berdasarkan kenyataan tersebut, anda ingin mengetahui sekiranya gangguan pada perut seperti terasa kembung selepas makan anda yang disertai kekerapan membuang angin seperti bersendawa dan terasa masam pada tekak itu berhubungkait dengan gangguan gastrik atau GERD yang lambat pulih atau disebabkan gejala yang lain. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk pengetahuan anda GERD dan Gastrik merupakan dua penyakit saluran pencernaan yang berbeza. Umumnya GERD merupakan penyakit refluks cairan perut melalui saluran esofagus yang menyebabkan gejala seperti terasa dada terbakar, susah menelan dan regurgutasi. Manakala gastrik disebabkan gangguan pada pada lapisan permukaan dalam perut yang menyebabkan gejala seperti mual, kembung dan sakit perut, serta perut terasa terbakar dan lain-lain.

Gangguan saluran pencernaan yang berterusan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti gaya hidup yang tidak sihat, merokok, obesiti, minuman beralkohol atau kopi yang berlebihan.

Sekiranya tidak dirawat dengan baik, gangguan saluran pencernaan ini boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius seperti:

  • perdarahan saluran pencernaan
  • Barret esophagus
  • kanser

Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Gastroenterologist.

Dikemaskini pada: Mon Jun 14 2021 18:25:48 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.87
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Gastroenterologi tentang gastrik secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80