Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah kurang deria bau dan rasa,

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Januari 18, 2021 1:37 PM

Sulit 38 hari

Saya lelaki bernama asri, 5 hari yang lepas saya mengalami demam selama dua hari dan suhu tidak begitu tinggi dan lesu badan, selepas sembuh demam, saya mengalami kurang deria bau dan rasa, hanya kurang sahaja,dan sudah lama tidak buang air besar, adakah punca saya sudah dijangkiti c19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 38 hari
General Practitioner

Salam sejahtera Asri, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham masalah yang anda hadapi lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini. Untuk makluman anda, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:

Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Berkenaan pertanyaan anda, pemeriksaan lanjut harus dilakukan oleh doktor secara fizikal dan klinikal untuk menentukan sama ada ia berpunca daripada COVID-19 ataupun sebab lain. Hal ini kerana gejala penyakit COVID-19 boleh menyerupai gejala penyakit lain juga seperti demam, sesak nafas, batuk-batuk dan lain-lain. Kami sarankan anda memantau gejala yang dialami beliau ataupun terus menghubungi pihak kesihatan sekiranya anak anda mempunyai sejarah kontak rapat atau pergi ke kawasan berisiko.

Kami juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa beliau berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, beliau akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.

Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah & patuhi SOP PKP & pandemik sesuai dengan garis panduan KKM.

Talian CPRC :
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my

Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung di atas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Jan 18 2021 13:37:30 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Sulit
Sesak nafas bersama dengan batuk Saya wanita berumur 32thn.saya tidak ada sejarah asma. Dalam 3 hari ini sesak nafas sy skali dgn batuk. Adakah sy perlu buat test covid? Tq Baca lagi...
6 hari
Sulit
HIV dan Vaksin Covid 19 Adakah pesakit HIV yang sudah UVL selama 2 tahun menerima suntikan vaksin covid 19? Baca lagi...
3 hari
Sulit
Sejarah Jantung Berlubang Hi Doc, masa kecil saya ada masalah jantung berlubang, dan telah tutup dengan membuat operation, kini umur saya 27 tahun dan adakah saya boleh menerima vaksin covid-19 ? Baca lagi...
2 hari
Sulit
Adakah pesakit autoimun boleh terima vaksin covid atau tidak? hi doc , saya seorang pesakit autoimunne myasthenia gravis yang baru lepas crisis bulan oct lalu , ketika crisis saya menjalani rawatan plasma exchange. dan sekarang keadaan sudah semakin stabil… Baca lagi...
3 hari
Sulit
Apakah langkah yang perlu diambil bagi kontak rapat 2 dan kontak rapat 3 kepada pesakit Covid-19? Adakah kami perlu melapor diri pada mana-mana bahagian? Saya ingin mengetahui adakah kontak rapat 2 dan kontak rapat 3 perlu melakukan kuarantin diri dan swab test juga? Jika ya, apakah prosedur yang perlu kami lakukan sebagai kontak rapat 2 & kontak… Baca lagi...
6 hari