
Sulit
5 tahun
Masalah pancut awal ketika bersama
Hi,
sy ingin bertanya tentang masalah sy yg tidak tahan lama ketika bersama. adakah ini hal yg normal ataupon tidak. apakah rawatan atau nasihat yg boleh sy amalkan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ejakulasi pramatang yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kebanyakan kes ejakulasi/pancutan pramatang tidak berkaitan dengan sebarang penyakit dan sebaliknya disebabkan oleh faktor psikologi, seperti:
psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
endokrin - masalah tiroid
arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Oleh hal yang demikian, cara untuk merawat penyakit ini adalah seperti yang berikut:
Kaunselling
Senaman otot pelvik
Teknik jeda-pegang
Kondom
Ubat-ubatan - *Ubat anestetik topikal ( benzocaine, lidocaine dan prilocaine) Ia selalunya, *ubat makan(sildenafil- Viagra, antidepressant-SSRIs dan analgesik- tramadol). Semua ubat ini hanya boleh digunakan dengan preskripsi doktor anda
Berikut merupakan jawapan am bagi soalan yang diajukan. Bagi mengatasi masalah anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih