Sulit
3 tahun
Masalah penghadaman - makanan tersangkut antara leher dan dada
Saya berusia 53 tahun.Berat badan 86 kg. Tinggi 1.75 mtr.
Tidak merokok. Tiada darah tinggi,kencing manis dan masalah jantung.
Masalah saya bila makan, makanan seakan tidak sampai ke perut dan terasa turun naik di bahagian leher. Di ikuti rasa nak muntah dan kerap sendawa.Apakah masalah kesihatan yang saya alami ini. Mohon penjelasan. T/kasih
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu berasa makanan naik turun apabila makan. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketumbuhan dalam tekak
- Radang tekak
- Globus makanan
- Terdapat bahagian yang sempit pada laluan tekak “stricture”
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan untuk berhubung dengan kami. Terima kasih.