Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah Period Yang Datang 2 Kali Dalam 1 Bulan

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 16, 2020 9:58 AM

Sulit 55 hari

Hai doktor. Saya berumur 32 tahun. Saya nak tanya nie pertama kali saya kena macam nie di mana period saya datang 2 kali sebulan. Pada 31/04/2020 8pm sya telah haid tapi darah yang keluar terlalu sedikit sampaikan dekat tuala wanita saya kadang2 ada tompok2 darah dan kadang2 tak ada sampai la ke hari ke4 04/05/2020 dan pada 05/05/2020 baru la darah kuar seperti biasa sampai hari ke 9. Ini pertama kali saya mengalami kitaran haid selama 9 hari kalau tak paling lama 6 hari. Dan pada hari ini 16/05/2020 lagi sekali saya period dan darahnya merah terang dan cair cuma ada sedikit je darah beku? Boleh saya tau apa masalah saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 55 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)

  • Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif

  • Tekanan emosi

  • Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan

  • Masalah kalenjar tiroid atau pituitari

  • Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)

  • Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sukar untuk saya membuat kesimpulan mengenai masalah yang menyebabkan gejala anda hanya dengan maklumat yang diberikan di atas. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat May 16 2020 09:58:25 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Keguguran atau petanda sakit lain? saya berusia 26 thun.kali ini period saya lebih dari 12 hari dan ada ketulan putih dan darah dan macam ada ketulan . daging hancur warna pink. tetapi period ini hanya di dalam bahagian faraj sta… Baca lagi...
26 hari
Sulit
Keluar darah sebelum 2 hari tarikh Haid Hi doc. Saya perasan ada darah di panties saya. Bila saya tengok ia nya darah merah bukan seperti darah haid. Jadi selepas itu saya cuba lap bahgian kemaluam saya dgn pad. Saya ligat ada tompok … Baca lagi...
16 hari
Sulit
Masalah haid yang telah terhenti sejak 2016 hingga kini Saya berumur 26yahun perempuan dan mengalami masalah haid sejak dari pertama kali saya mengalami haid. Haid saya tidak menentu tetapi sebaik usia menginjak 17tahun haid saya hanya datang setahun… Baca lagi...
10 hari
Sulit
Haid tidak teratur dan datang hanya darah warna coklat dengan kuantiti sedikit Datang haid normal pada Jan20…lepas tu 2bulan tak datang haid…april datang haid tp darah coklat sahaja dalam kuantiti sedikit…sama juga untuk bulan Mei…Bulan Jun tak datang haid lagi dan leeat e… Baca lagi...
16 hari
Sulit
Period tidak teratur dan tidak pernah pergi checkup doktor selama hidup saya wanita 20 tahun. period normal dari dulu tapi sejak 18 tahun period jadi tak normal. pernah datang period selama sebulan tetapi darah yg keluar hanyalah sedikit mcm keputihan. period normal… Baca lagi...
4 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi