Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah tekak seperti ada kahak tapi susah untuk menghilangkan

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Oktober 18, 2020 3:14 AM

Sulit 4 hari

Saya perempuan berusia 25 tahun. Sejak akhir ini saya terasa tekak saya di atas lelangit seperti berlendir atau berkahak, ia Membuat saya kurang rasa selesa.

Dr Sashini Seeni 4 hari
General Practitioner

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kahak.

Untuk makluman anda, keadaan sebegini boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:

  • Radang tonsil
  • Jangkitan bakteria/virus di tekak
  • Tekak luka akibat batuk
  • Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
  • Terlalu banyak menjerit atau bercakap
  • Kurang minum air
  • Masalah alergik yang serius
  • Post nasal drip

Berkahak dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.

Antara rawatan bagi menghilangkan kahak adalah:

  • Minum air suam dengan kerap dan dalam kuantiti yang banyak
  • Rawatan tradisional dengan Kayu manis yang dicampuri sedikit madu dan dibancuh bersama air boleh membantu menghilangkan lendiran pada tekak ini- petua ini haruslah diamalkan tiap-tiap hari pada waktu pagi serta waktu malam sebelum tidur dan bukan sekadar sehari sahaja. Apabila menjadi amalan setiap hari, barulah kahak yang tersekat di tekak tersebut dapat dicairkan dan dikeluarkan dengan lebih mudah.
  • Sekiranya masalah kahak ini wujud disebabkan oleh sebarang alergi, maka untuk merawatnya kita harus mencari punca berlakunya alergi tersebut dan memastikan kita tidak lagi terdedah kepada punca tersebut.
  • Ubat-ubatan- anti histamine’ atau ‘steroids’. Namun anda harus mendapatkan nasihat dan preskripsi dari dontor untuk mendapatkan ubat ini.

Sekiranya masalah kahak yang anda alami berpanjangan, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan dan rawatan susulan.

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sun Oct 18 2020 03:14:19 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang kahak secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Berkahak dan tidak mempunyai batuk saya lelaki berusia 23 tahun,memmpunyai masalah kahak,saya mempunyi masalh kahak dan tidak batuk sama sekali,saya telah pergi memeriksa di kelinik tempat saya berkerja,dan mereka memberitahu say… Baca lagi...
6 bulan
Sulit
Kahak tanpa batuk,demam dan selsema Saya mempunyai masalah kahak berlebihan…3minggu lepas sy selsema dan batuk selama 2hari selepas ambil ubat di klinik…tapi kahak saya tak habis2 sampai skrg…setiap masa sy akan buang…tiap malam h… Baca lagi...
7 bulan
Sulit
Kahak berwarna kuning Saya wanita berusia 45 tahun mengalami kahak setiap pagi berwarna kuning tiada masalah batuk yg berlarutan cuma batuk bilamengeluarkan kahak dan telah berlarytan selama seminggu lebih Baca lagi...
6 bulan
syafiqzamri18
Kahak berwarna putih dan berbuih Terdapat air liur Yang sering ada di bahagian tekak. Dan ia berwarna putih dan berbuih. Baca lagi...
5 bulan
Sulit
Masalah tekak seperti ada kahak tapi susah untuk menghilangkan Saya perempuan berusia 25 tahun. Sejak akhir ini saya terasa tekak saya di atas lelangit seperti berlendir atau berkahak, ia Membuat saya kurang rasa selesa. Baca lagi...
4 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!