Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah tidak dapat tidur

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Julai 24, 2019 8:36 AM

Anonymous 18 bulan

Saya umur 30… memang sukar untuk tidur dan bila pergi ke klinik doktor tidak berikan ubat tersebut… sy akan ngantuk terlalu awal… contoh pukul 5 6 ptg… jika tidak tidur akn lanjut sampai pukul 3 4 pagi… dan sukar untuk bangun pagi… setiap hari lambat pergi kerja… tolong saya … kadang2 terpaksa minum ubat batuk or panadol untuk tido…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 18 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah sukar tidur akibat pola harian yang sudah dibiasakan. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memperbaiki pola tidur ini. Pertamanya adalah anda perlu kurangkan tidur siang. Sebaiknya anda ambil rehat atau nap sekitar 5-10 minit sahaja pada waktu siang dan mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya pada malam hari.

Selain itu, amalan sleep hygine adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:

  • Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
  • Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
  • Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
  • Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
  • Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa

Anda boleh cuba melakukan tips di atas dan rujuk kepada doktor sekiranya masalah anda berlarutan atau menggangu aktiviti harian anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Jul 24 2019 08:36:41 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Neurologi tentang insomnia secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Kesukaran tidur lebih 2 bulan Saya berumur 38 tahun. Mulai hujung feb saya mengalami kesukaran tidur… Saya hanya dapat tidur selama 3-jam sahaja sehari… Dan ada beberapa hari saya lgsung tidak daot tidur lebih 2 jam. Perkara… Baca lagi...
8 bulan
Sulit
Hilang minat untuk terus hidup , terasa lelah setiap waktu , bersikap suka bersendiri , sukar untuk tidur malam , terasa ingin melukai diri sendiri . Saya alami semua ni, boleh saya tahu kenapa hilang minat untuk terus hidup , terasa lelah setiap waktu , bersikap suka bersendiri , sukar untuk tidur malam , terasa ingin melukai diri sendiri . Saya alami semua ni, boleh saya tahu k… Baca lagi...
50 hari
Sulit
Sukar tidur dan rasa berdenyut sendi serta berdebar debar saya seorang lelaki berumur 28 tahun…saya punya masaalah tidur ni lama sudah tapi tidak seteruk sekarang ni. ia nya terjadi pada bulan 10 tu hari dimana asal nya saya rasa sakit2 bahu dan tidak … Baca lagi...
24 hari
Sulit
Saya mempunyai masalah tidur waktu malam Saya bwrumue 26 tahun dan saya ada tracheostomy dan saya lumpuh sebelah kanan dan sekarang masih belajar berjalan semula sesikit sejak kebelakamgan ini saya sukar tidur malam sebab saya banyak t… Baca lagi...
8 bulan
Sulit
Sukar Tidur Malam walau Kepenatan Saya seorang perempuan berumur 24 tahun, belum berkahwin dan bekerja 6 hari seminggu. Saya dapati saya mengalami kesukaran untuk tidur malam walaupun seharian penat bekerja. Ada hari tertentu sa… Baca lagi...
5 bulan