
Sulit
3 tahun
Masalah vagina tiada lubang diluar waktu period
Saya wanita berumur 22 tahun dan belum berkahwin. Baru2 ni saya cuba untuk belajar pakai menstrual cup. Saya cuba pada waktu tidak period tp saya perasaan lubang faraj saya tiada bukaan dan saya cuba untuk tekan menggunakan tangan tetapi tiada rasa yg lubang tu terbuka. Adakah itu normal bagi saya yg belum berkahwin? Semasa period saya perasan ia ada sedikitt bukaan tp dh habis period saya tk nampak. Saya risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya haid anda boleh jalan seperti biasa semasa period, ia adalah normal. Sebabnya sesetengah wanita dara mungkin mempunyai pembukaan yang kecil. Sekiranya anda mengalami sebarang gejala semasa datang haid, seperti sakit perut, sakit pada kemaluan, haid tidak berjalan dan lain, sila merujukkan kepada doktor dengan lanjut untuk dapatkan bantuan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujukkan perkara ini kepada doktor anda atau menhubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.