Sulit
5 tahun
Masalah wanita yang dihadapi
doktor , persoalan pertama adakah air mazi boleh membuatkan wanita hamil , kerana air mazi terkena pada bibir wanita tersebut 2 hari yang lepas ( hanya air mazi yang terkena dibibir kerana air mani belum keluar lagi masa air mazi terkena di bibir ) , tetapi wanita tersebut sudah lap pada kain semasa air mazi terkena di bibir , jika wanita tersebut sudah lap air mazi ( takut ada sisa yang tertinggal di bibir dan tertelan ) adakah wanita itu akan hamil kerana sekarang perut wanita tersebut rasa memulas di bahagian bawah sekitar pusat kita , period wanita tersebut datang pada akhir bulan , adakah ini boleh membuatkan wanita tersebut hamil. persoalan yang kedua , mengapa perut wanita tersebut rasa memulas , adakah perut wanita tersebut rasa memulas kerana hendak period atau rasa takut pada diri sehingga menyebabkan perut memulas di bahagian bawab sekitar pusat kita . adakah ini sebab hamil ? persoalan ketiga , cecair keputihan yang banyak pada wanita tersebut , adakah tanda wanita itu hamil , atau tanda hendak period kerana period wanita tersebut datang pada akhir bulan selalunya .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Secara amnya anda tidak perlu risau tentang kehamilan kerana sperma yang mungkin ada pada air mazi yang masuk ke dalam saluran pemakanan tidak akan melepasi ke saluran peranakan.
Sekiranya pasangan anda mempunyai penyakit kelamin, ia mungkin boleh menjangkiti anda. Namun, kebanyakan penyakit kelamin pada hari ini boleh diubati. Selain daripada itu, sekiranya anda mempunyai alahan kepada air mazi, anda akan mengalami simptom sakit perut ataupun ruam yang lazimnya akan selesai dengan sendirinya.
Berkenaan dengan keputihan, ianya boleh berpunca daripada:
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Jangkitan penyakit kelamin - jika ada melakukan hubungan seks bebas
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih.
































