Sulit
3 tahun
Masalah Zakar Akibat Onani
Hi Doktor. Saya berumur 26 tahun dan saya telah melakukan onani semenjak sekolah menengah lagi. Saya akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini. Kebelakangan ini, saya merasakan rasa sakit sedikit di hujung pangkal zakar ketika zakar mengeras. Dan saya juga tidak dapat mencapai ketegangan sepenuhnya dan morning wood saya semakin kurang. Saya risau ia akan memberi kesan pada hubungan saya selepas perkahwinan. Ia agak memberi tekanan buat saya juga. Minta bantuan nasihat… terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, onani atau nama lainnya masturbasi merupakan satu kegiatan yang dilakukan untuk mencapai kepuasan seksual mengunakan tangan ataupun alatan seksual.Setiap lapisan umur dan masyarakat adalah tidak digalakkan untuk mengamalkan kegiatan ini kerana ianya boleh mendatangkan banyak kesan buruk. Antaranya:
- Menimbulkan ketagihan yang sukar untuk dibendung. Ketagihan akan menyebabkan daya fokus, aktiviti seharian dan perhubungan sosial terganggu
- Mengurangkan sensitiviti kepada hubungan seksual sebenar, oleh sebab itu, walaupun setelah berhubungan anda masih mahu beronani
- Menimbulkan rasa bersalah
- Trauma pada alat sulit
Kami menasihati anda agar menghindari aktiviti ini dan berjumpa dengan pakar psikiatri ataupun kaunselor untuk khidmat nasihat terutamanya jika ia sudah menjadi suatu ketagihan.
Buat masa sekarang lakukan aktiviti berikut untuk mengalihkan perhatian anda daripada kegiatan masturbasi:
- Riadah atau aktiviti sukan secara berkala
- Lakukan aktiviti sosial bersama rakan dan keluarga
- Makan makanan seimbang
- Pratikkan aktiviti keagamaan
Anda harus memantau dulu simptom anda buat masa sekaranag. Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk menjalinkan hubungan intim kelak, anda harus berjumpa dengan doktor untuk analisis yang penuh. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.