Sulit
3 tahun
Memakai panty liner herba jenama sc dari cosway
salam dr, sy berumur 27tahun dan suda berkahwin. sy sudah lambat haid dalam 9-10 hari dan bila check upt keputusan negatif. bberapa hari ini sy mengalami keputihan berwarna putih dan sy memakai panty liner herba lavendar jenama SC dari cosway. sy tidak pasti sy mengandung atau tidak kerana sy tidak mengalami gejala hamil selain dari tlambat haid. soalan sy, adakah merbahaya sy memakai panty liner herba diawal kehamilan atau ketika hamil? tkasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, tidak terdapat sebarang bukti saintifik bahawa panty liner membahayakan kehamilan ataupun kesihatan.
Walaupun anda telah membuat ujian kehamilan di rumah, anda masih perlu membuat temu janji dengan Ob/ Gyn untuk mengesahkan kehamilan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.


































