Sulit
3 tahun
Menambah ketinggian badan 20+
Hi doc, umur saya 20 tahun. Ada potensi ke untuk tambah ketinggian bagi perempuan? Ketinggian boleh ditambah sehingga umur berapa ya doc? Adakah senaman regangan membantu ? Terima kasih doc
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, tiada ubat yang boleh menambah ketinggian seseorang. Ketinggian adalah disebabkan faktor genetik dan interaksi dengan pemakanan. Faktor pemakanan adalah penting ketika awal usia kerana badan memerlukan nutient untuk tumbesaran termasuklah tulang. Apabila seseorang itu sudah mencapai usia 21 tahun, proses untuk tinggi akan terhenti kerana tulang panjang dalam badan sudah pun mencapai kematangan usianya. Anda dinasihatkan untuk berhati-hati dengan produk yang didakwa di media sosial yang mendakwa mendapat pengesahan KKM kerana terdapat banyak peniaga yang tidak sah diluar sana.
Tiada bukti yang menyatakan bahawa senaman regangan boleh membantu meningkatkan ketinggian.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.