
Sulit
4 tahun
Mengalami Keputihan berbau dan berdarah semasa hubungan intim
Hai doktor, saya wanita berumur 22 tahun. Saya baru berkahwin pada julai 2020. selepas kahwin, saya sering mengalami keputihan warna seakan kekuningan dan berbau hanyir. baru-baru ini kemaluan saya sering berdarah ketika saya bersama dengan suami. selepas itu saya mengalami gatal gatal pada permukaan kemaluan.Adakah saya mengalami penyakit yang serius doktor? minta tolong doktor bantu saya. terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keputihan warna kekuningan dan berbau. Untuk makluman anda, masalah ini dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- jangkitan bakteria, parasit, dan yis
- ketidak seimbangan hormon
- gaya hidup yang tidak sihat
- masalah kesihatan
Kaedah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan keputihan.
- Sentiasa menjaga kebersihan faraj dan elakkan bahan cucian yang menganggu kestabilan pH faraj
- Elakkan daripada melakukan seks rambang tanpa perlindungan
- Elakkan pengambilan ubat ataupun antibiotik secara berpanjangan tanpa pengawasan doktor.
- Sentiasa menukar tuala wanita ketika datang haid
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Bagi masalah kemaluan berdarah selepas berhubungan seksual, ianya boleh disebabkan oleh dua perkara, iaitu kedatangan haid, ataupun pendarahan Postcoital Bleeding , iaitu berdarah khususnya selepas melakukan hubungan seks. Postcoital bleeding ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Kecederaan pada vagina atau serviks
- Vagina kering atau tidak cukup pelincir ketika melakukan seks.
- Jangkitan kuman atau virus
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Kanser serviks
- Keradangan pada vagina atau serviks (akan disertai dengan sakit bawah perut dan keputihan aneh).
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih