Sulit
3 tahun
Mengalami masalah pancut awal ketika melakukan seks
Saya lelaki berusia 25 tahun… Saya mengalami masalah pancut awal dimana ketika bersama dengan isteri saya,kemaluan saya tidak tahan lama dan pancut awal. Ketika memasukkan kemaluan saya, kemaluan saya terus rasa ngilu dan ingin memancut… Saya berasa malu kerana tidak dapat tahan lama ketika bersama isteri saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi iaitu ejakulasi pramatang yang dialami anda.
Untuk makluman pihak anda, masalah ejakulasi pramatang boleh berlaku dan bukan perkara yang harus dirisaukan jika tidak kerap berlaku. Namun, anda harus tahu punca ejakulasi pramatang boleh berlaku seperti:
- Faktor Psikologi
- Pengalaman seksual yang awal
- Gangguan/deraan seksual
- Rasa rendah diri dengan imej badan
- Kemurungan
- Risau akan ejakulasi awal
- Rasa bersalah semasa melakukan aktiviti seksual
- Faktor biologi
- Tahap hormon yang tidak normal
- Tahap neurotrasnmitter yang tidak normal
- Keradanagan atau jangkitan di urethra
- Mewarisi sifat
Anda mungkin didiagnos dengan ejakulasi pramatang jika anda:
- Sering mencapai ejakulasi dalam masa 1 minit
- Anda tidak dapat mengawal ejakulasi untuk melambatkannya setiap masa
- Anda rasa tertekan dan kecewa lalu mengelakkan aktiviti seksual
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Anda tidak digalakkan untuk menggunakan apa-apa ubatan dan anda boleh melakukan senaman pelvis untuk menguatkan bahagian pelvis anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah