Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Mengambil postinor 9kali

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Jun 30, 2020 3:15 AM

Sulit 46 hari

ai doktor… Saya Niza. Saya berusia 24tahun. Saya sudah mengambil 9kali ubat postinor 2. Saya ada terbaca jika mengambil postinor, akan kesukaran kehamilan selamat 3 tahun. Bagaimana dengan masalah saya doktor, saya sudah mengambil 9kali postinor, adakah saya akan kesukaran hamil selepas ini?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya tidak pasti tempoh masa untuk anda mengambil 9 kali pil tersebut tetapi, sebaiknya pil perancang kecemasan, postinor ini tidak boleh diambil lebih dari sekali dalam masa 1 bulan.

Pil postinor memang bertujuan untuk mengelakkan kehamilan selepas hubungan seks yang tidak terlindung. Namun, setakat ini tiada kajian yang menunjukkan pengambilan ubat ini boelh menggangu kesuburan seseorang wanita. Oleh itu, ia tidak akan menganggu peluang untuk anda hamil di masa hadapan.

Selain itu juga, oleh kerana pil postinor ini adalah pil perancang kecemasan dan saya dapati anda telah kerap mengambil pil ini, ingin saya sarankan untuk anda mengamalkan kaedahperancang keluarga yang lain dan lebih selamat berbanding pengambilan postinor secara kerap. Anda boleh berbincang dengan ahli farmasi atau doktor anda mengenai kaedah yang sesuai dengan anda bergantung dengan status kesihatan dan pilihan anda.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahuilebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Jun 30 2020 03:15:25 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Pil Perancang Kecemasan dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Tahap pemakanan postinor 2 Boleh saya tahu berapa lama sperma bertahan dalam uterus? Saya juga ingin bertanya selepas ambil postinor ketika subur,adakah postinor tersebut dapat menghalang ovum dan sperma melekat di dindi… Baca lagi...
11 hari
Sulit
Period tak datang selepas makan pil postinor Helo Saya sudah makan postinor 2 selepas membuat hubungan sex tetapi belum period dan sudah lewat 3 hari , adakah ini tanda hamil Baca lagi...
28 hari
Sulit
Adalah kesan postinor 2 masih kekal jika selepas melakukan hubungan seks pada hari kedua setelah memakan pil tersebut? Semalam saya melakukan hubungan intim bersama isteri saya dan isteri saya memakan pil postinor 2 dan hari ini kami melakukan lagi hubungan intim. Perlu ke isteri saya mengambil pil yang seterusn… Baca lagi...
33 hari
Sulit
Perencangan keluarga Sy tidak perasan bahawasanya suami sy telah melepaskan dlm, sy baru perasan dlm beberapa jam itu… Sy telah mengambil postinor, dan 12 jam selepas itu, sy mengambil sebiji lg… Selepas 12 jam plak… Baca lagi...
40 hari
Sulit
Pengunaan postinor pada badan Boleh saya tahu adakah normal kalau isteri saya mengalami pening dan muntah selepas beberapa hari ambil postinor? Baca lagi...
13 hari
Tebus baucar RM15 di e-farmasi >