
Sulit
3 tahun
Menjadi mandul selepas gugur
Hi doktor. Sekadar ingin bertanya. Adakah mungkin seseorang menjadi tidak boleh mengandung atau mandul setelah mengalami keguguran?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, beberapa tanda wanita boleh menjadi mandul yang boleh anda perhatikan adalah seperti:
- Sukar untuk hamil. Ini ialah tanda wanita mandul yang paling utama dan mudah untuk dikenal pasti
- Mengalami kitaran haid yang tidak teratur
- Mengalami kitaran haid yang terlalu lama iaitu sekitar 35 hari atau lebih
- Mengalami kitaran haid yang terlalu pendek iaitu kurang daripada 21 hari
- Tidak mengalami haid
Masalah-masalah di atas boleh disebabkan oleh:
- Gangguan ovulasi
- Endometriosis
- Kerosakan pada tiub fallopio
- Rahim dan serviks yang tidak sihat
Hingga saat ini, belum ada kajian yang menunjukkan bahawa setelah mengalami keguguran anda akan menjadi mandul atau tidak boleh mengandung.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan