Sulit
4 tahun
Menjilat kemaluan semasa melakukan seks
Hai , baru baru ni saya telah mengadakan sex menggunakan kondom dengan seorang wanita , tetapi saya telah menjilat kemaluannya… walaupun dia memberitahu saya bahawa dia bersih dari HIV , adakah saya berisiko menghadapi hiv ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan tuan, jangkitan HIV yang dikenali human immunodeficiency virus adalah virus yang dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudah pun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah.
Melalui keterangan anda, sebetulnya adalah sukar untuk menentukan risiko dijangkiti HIV, namun menurut kepada status pasangan anda yang negatif, maka kemungkinan untuk anda dijangkiti HIV adalah rendah.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.