Sulit
2 tahun
Merasa kebas di jari kaki kanan terutamanya ketika berdiri lama dalam solat
Saya berusia 47 tahun. Sejak dua tiga hari kebelakangan ini saya sering merasa kebas pada 3 jari tengah kaki kanan saya terutamanya ketika sedang berdiri melakukan solat. Rasa kebas tersebut juga dapat dirasai pada betis kanan saya. Pagi ini, ketika saya sedang berwuduk, tiba2 saya rasa anxious & degupan jantung saya menjadi terlalu laju dalam tempoh lebih kurang dua minit. Apakah maksud simptom kondisi saya ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah kebas yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Diabetes atau kencing manis
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
- Masalah otot dan juga saraf
- Kekurangan vitamin
Manakala mengenai dengupan jantung laju pula, boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah hormon tiroid terlebih (hipertiroid)
- Anemia (kekurangan darah merah)
- Masalah jantung
- Masalah psiakitri ( anxiety disorder )
Oleh kerana gejala yang anda hadapi mungkin berkait dengan masalah yang serius, anda disarankan untuk bejumpa dengan doktor dengan segera atau boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih