
Anonymous
4 tahun
Mohon bantuan doktor
Mohon penjelasan Dan ubat utk ciplis

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Penyakit sifilis ialah sejenis penyakit jangkitan seksual atau Seksual transmitted disease (STD) yang disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum.
Terdapat beberapa tanda atau simptom sifilis, dan ia bergantung kepada peringkat sifilis iaitu;
- Primary – benjolan kecil yang tidak sakit boleh dilihat di kawasan kemaluan, dan bahagian punggung.
- Secondary –ruam merah yang tidak gatal, demam, kelenjar bengkak, sakit tekak, gugur rambut, sakit kepala, kehilangan berat badan, sakit otot, dan keletihan
- Latent – Peringkat di mana terdapat bakteria dalam sistem badan tetapi dalam kuantiti yang sikit dan tidak menimbulkan sebarang simptom. Tempoh peringkat ini boleh mencecah bertahun lamanya.
- Tertiary – peringkat ini ketika bakteria telah merosakkan organ badan dan tidak boleh diubat.
Antara organ terlibat ialah jantung, saluran darah, saraf dan otak. Ini sangat bahaya dan boleh menyebabkan kematian. Namun tidak ramai akan menghidap sifilis hingga ke peringkat ini.
Selain daripada menjauhkan diri dari aktiviti yang berisiko dan menggunakan kondom, sifilis boleh dirawat dengan ubat. Antaranya ialah suntikan antibiotik iaitu suntikan penicillin. Pasangan pesakit juga memerlukan ujian saringan walaupun tidak mengalami sebarang simptom. Aktiviti seksual perlu dihentikan buat sementara waktu sehingga kedua-dua pasangan sembuh dan bebas dari sifilis.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yg sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!