Sulit
5 tahun
Mual, loya dan muntah
Saya lelaki berumur 30 tahun. Baru 2 hari lepas saya ada melakukan aktivkti sex yg berisiko dgn wanita yang berisiko ada hiv. Selepas memasukan zakar dan bermain. Tapi belum sampai ejakulasi. Sy baru teringat untuk memakai kondom. Selepas itu. Saya terus tidam stim. Dan kemudia. Saya cepat2 basuh. Dan sy terperasan ada luka sedikit di zakar saya. Mgkin sebab melancap sebelum itu. Sekarang saya stress fikir masalah ini. Dan apa yg saya perlu lakukan. Adakah tanda hiv akan muncul seawal 2 hari? Sebab sy dah mula berasa loya dan muntah.
1 - Apa yang perlu saya lakukan?
Dan seterusnya tindakan jika positif Selepas check.
Sy stress.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda,HIV atau “Human Immunodeficiency Virus” merupakan virus yang menyerang sel imun tubuh badan. Penularan HIV adalah melalui cecair badan seperti air mani, darah, cecair faraj, cecair rektum dan susu individu yang HIV-positif. Oleh itu, risiko seseorang dijangkiti HIV meningkat apabila melakukan hubungan seks tidak terlindung, melakukan hubungan seks dengan seseorang yang berisiko tinggi dijangkiti HIV seperti pekerja seks dan pengguna dadah IV dan apabila berkongsi peralatan suntikan dadah. Selain itu, semakin ramai bilangan pasangan seks seseorang, semakin tinggi risiko seseorang dijangkiti HIV.
Pada peringkat awal jangkitan HIV, simptom-simptomnya ialah serupa selesema seperti sakit kepala, demam, cirit-birit, pening, muntah, keletihan, sakit otot, sakit tekak, kelenjar limfa membengkak dan ruam. Simptom-simptom ini mungkin akan bertahan selama 1-2 minggu dan hilang sepenuhnya selepas itu.
Oleh kerana tanda-tanda awal jangkitan HIV adalah tidak spesifik, seseorang tidak boleh bergantung kepada kemunculan simptom-simptom ini untuk mengenalpasti jangkitan HIV. Sebaiknya anda haruslah menjalani pemeriksaan dan mendapatkan nasihat daripada doktor.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih






























