Sulit
3 tahun
Mual , perut berangin ,sembelit dan lewat period
umur sy 22 tahun. skrg ni dh 2 bulan tak period. last cek upt 2 mggu lepas pada 3/4/2021 dan kputusan ujian negatif… tp sejak 2 hari ni sy mengalami simptom mual, kdg2 rase pening terhuyung hayang, sembelit, perut kdg2 berangin… adakah sy ptut cuba lagi upt atau mcm mana doc?
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak datang. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Kehamilan
- Kesan sampingan perancang kehamilan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!