Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Mual selepas bersenam

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: April 9, 2021 6:43 AM

Sulit 37 hari

Hari tu saya ade buat senaman secara mengejut n agak melampau sambil hati keadaan sgt marah. Pada hari tersebut saya mengah2 n muntah2.sudah hampir dua minggu,masalah tu masih ade cuma kurang sikit.saya dh jumpa dua doktor,dua2 ckp saya muscle pain.saya jarang makan ubat muscle pain yg diberi.dada saya TIADA tanda mencucuk2 ataupun sakit. Tp betul ke saya muscle pain atau ada masalah kaitan dengan jantung? cbb setiap pagi je saya bangun langsung xde tenaga… rasa mcm 0.padahal malam tu saya makan.

Dr Sashini Seeni 37 hari
General Practitioner

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Pihak kami percaya doktor tersebut telahpun melakukan pemeriksaan yang sewajarnya keatas diri anda. Perbanyaakkan berehat dan elakkan bersukan secara mengejut tanpa aktiviti pemanas badan. Bersukan secara berhemah dengan mengikut langkah dan kaedah yang betul. Sila patuhi nasihat dan panduan yang telah diberikan oleh doktor anda.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, rasa mual boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:

  • kekurangan gula dalam tubuh
  • kekurangan rehat atau tidur
  • rutin makan yang kurang sihat
  • tanda-tanda dehidrasi

atau ia juga boleh disebabkan oleh:

  • jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
  • gangguan saluran pencernaan
  • gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus

Khusus sekiranya anda seorang wanita, ia juga boleh menandakan:

  • kehamilan
  • gangguan kitaran haid
  • gangguan hormon
  • mahupun gangguan organ wanita

Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Untuk mengetahui punca masalah ini, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.

Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat.

Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Terima kasih

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini .

Dikemaskini pada: Fri Apr 09 2021 06:43:35 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Gastroenterologi tentang mual & muntah secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19