
laguna1396
5 tahun
Nafas pendek dan tak selesa
Aadakag gastrik dan angin banyak dalam badan menyebabkan nafas pendek

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Gastrik tidak menyebabkan nafas pendek. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia
- GERD
GERD sememangnya menyebabkan badan berangin, sesak nafas walaupun jarang-jarang dan kadang-kala sakit tekak atau batuk. Anda boleh melakukan perkara berikut untuk memantau perkembangan yang lebih efektif.
- tidak makan makanan pedas
- tidak makan sebelum tidur, pastikan jarak 4 jam daripada tidur dan makan
- kurangkan berat badan jika berlebihan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.