iqmalizzat29
4 tahun
Panas badan sukar bernafas
Saya lelaki 17 tahun… mengalami sukar bernafas waktu malam…dan terasa panas badan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Manakala, untuk masalah panas badan, ianya mungkin disebabkan demam atau cuaca persekitaran yang panas. Gejala demam adalah sangat umum dan boleh disebabkan oleh:
Jangkitan bakteria / virus
Allergic Rhinitis
Keradangan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.