Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Payu dara tegang ketika period

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: November 19, 2020 12:33 PM

Sulit 6 hari

adakah normal seorg wanita payu dara sebelah kanan menjadi tegang@bengkak susu seminggu sebelum period.bolh doc terangkan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 6 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.

Kebiasaannya perubahan ini dialami seawal seminggu sebelum kedatangan haid. Ini dipengaruhi paras hormon estrogen dan progesteron di dalam darah yang dihasilkan oleh kantung telur.

Paras ini berubah mengikut waktu dalam kitaran haid seseorang wanita. Payudara menjadi lebih ‘penuh’ atau tegang dan puting payudara pula menjadi sensitif terhadap sentuhan. Perkara ini normal, cuma kadangkala ada wanita yang mengalami gangguan kesakitan yang berlebihan. Keadaan ini tidak dialami semua wanita.

Bagaimanapun, bagi wanita yang mengalami keadaan ini, ia satu petanda pada kitaran haid wanita itu subur ovarinya iaitu berlakunya ovulasi.

Anda boleh membantu mengurangkan kesakitan dengan memakai pakaian dalam dengan saiz yang lebih besar pada hari berkenaan serta tidak memakai pakaian yang ketat. Elakkan berbaring meniarap dengan perut atau dada menyentuh lantai dan seumpamanya.

Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat/haid berpanjangan/haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Dikemaskini pada: Thu Nov 19 2020 12:33:31 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kesihatan am wanita secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Cara merawat penyakit fibroid Hi, saya wanita berkahwin berusia 32 tahun. Berkahwin hampir 1tahun. Tapi mengejutkan saya. Doctor sah kan saya ada small fibroid. Bagaimana penyakit ini boleh di rawat dan masih boleh di rawat … Baca lagi...
5 hari
illykhashah
Darah haid sedikit sekitar Cycle Day 3 Hi Doktor. Saya wanita berusia 28 tahun dan baru 8 bulan berkahwin. Sejak 2 bulan lepas hingga sekarang, saya mengalami masalah darah haid yang sedikit bermula Cycle Day 3. Pada CD1 & CD2 sy mengalami… Baca lagi...
20 hari
Sulit
16 hari
Sulit
Masalah kegatalan di bahagian vagina,masalah pompuan, Hello ,sya umur 22 tahun…belum kawin …saya nak tnya ,di bahagian vagina ada rasa gatal dan tidak rasa pedih or nana semua just rasa gatal di hari ke 5 ada keputihan di dalam vagina yg pekat sang… Baca lagi...
6 hari
Sulit
Keluar darah sedikit berbanding haid saya wanita 20an dari 30/10 keluar darah tapi sikit berbanding darah haid sehingga hari ini tetapi 2/3 hari yg lepas keluar bercak coklat macam sebelum datang haid. selain tu kadang kadang perut… Baca lagi...
12 hari