
Sulit
4 tahun
Payudara sebelah kiri besar berbanding dengan sebelah kanan
Hi,Saya seorang wanita berumur 17 tahun,saya berbadan berisi sedikit,semasa haid automatik payudara sebelah kiri menjadi lebih besar,Buat masa sekarang ini saya belum haid lagi tapi payudara sebelah kiri saya masih besar,ini membuatkan saya tak selesa dan apabila berlari mesti bergegar.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, payudara yang tidak seimbang saiz adalah perkara yang biasa, tetapi terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan hal ini, seperti:
- perubahan hormon
- ovulasi ketika haid
- kecederaan
- cyst
- ketumbuhan atau kanser payudara
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.