Sulit
5 tahun
Payudara terdapat ketulan
Assalamualaikum Prof. Nama saya Bella berumur 34y.Saya cuma nak bertanya tentang breast cancer. Saya mempunyai 3 org cahaya mata dan yg bongsu berumur 1y7m…ketika berpantang anak yg bongsu Saya mengalami masalah bengkak susu.susu berjaya dikeluarkan dgn berlakunya lubang di sebelah punting sy (sendiri). Sekarang, lubang tempat susu tu keluar mempunyai beberapa ketulan seperti kelenjar.ianya lembut tetapi sy kerap terasa seperti mencucuk2.saya pernah bertanya doc ketika check up anak tetapi doc cuma bgtau perkara biasa selepas berlakunya bengkak susu tersebut. Walaupun begitu, hingga sekarang ketulan2 kelenjar tu masih Ada Dan sy masih merasa berdenyut2 di kawasan tersebut.mohon penjelasan Dan pendapat Prof mengenai masalah Sy tersebut.untuk makluman ibu sy juga seorang pesakit breast cancer dahulu.terima kasih.
Sent from Yahoo Mail on Android
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ketulan ataupun benjolan di payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Fibroadenoma sejenis tumor yang terdiri atas kombinasi tisu fiber dan biasanya jinak (bukan kanser)
- Fibrocystic breast adalah pembentukan fiber and cyst (berisi cairan) yang biasanya sakit dan jinak (bukan kanser)
- Fat necrosis adalah akibat pengumpulan lemak
- Intraductal papilloma biasanya terkait dengan saluran susu
- Kanser payu dara
Untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































