Sulit
3 tahun
Pedih di lubang penis
Saya lelaki berumur 20 an mengalami masalah pedih pada lubang penis apabila tersentuh atau ketika membuang air pada 3 hari lalu. Juga terlihat sedikit merah.
Apakah ini berbahaya doktor?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing pedih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan saluran kencing
- Batu pada saluran kencing
- Penyakit kelamin
- Trauma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut seperti sampel cecair adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima