Sulit
2 tahun
Pembedahan ectopic pregnancy
Isteri saya sudah menjalani pembedahan buang tube sebelah kiri kandungan luar rahim, ditebuk dibahagian pusat, atas fallopian tube dan pada fallopian tube. 3 tempat ditebuk semasa pembedahan. pembedahannya ditebuk bukan dibelah , dalam masa 5 hari selepas pembedahan, bolehkah saya masukkan jari ke dalam kemaluan isteri saya untuk menggauli isteri saya? Adakah effect bahaya jika saya melakukannya?apakah kesan kepada luka pembedahannya luar dan dalam?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sebelum anda berhubungan dengan isteri anda, anda haruslah memastikan bahawa luka operasi isteri anda sudah benar-benar sembuh. Ini bagi memastikan luka atau jahitan yang telah dilakukan benar-benar telah kering dan tiada sebarang jangkitan kuman mahupun infeksi. Selain itu, anda juga perlu memastikan bahawa isteri anda sudah stabil dan sihat secara fizikal dan mental.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.