
Sulit
5 tahun
Pembendahan tibia masuk besi
sejak akhir2 ini ,bila start mula berjalan tanpa mengunakan tongkat ,dekat tempat bekas luka operation ada tumbuh benjol kecil ,dan kaki bila terlampau lama gerak ,akan sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, benjol kecil yang timbul tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Parut keloid
- Ekzema yaitu mirip alergi atau alahan
- Dermatitis kontak iritan apabila terdedah kepada bahan yang boleh mencetuskan keradangan kulit
- Dermatitis kontak alergi apabila seseorang mempunyai alahan kulit terhadap sesuatu bahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.