Sulit
5 tahun
Pendarahan faraj yang sedikit dan Sya susu badan
Saya wanita 22 thun Sya mengambil perancang suntikan depo skrg bulan ni Sya masih belum datang period…stiap kali Sya bersama suami Sya akn lepas dalam adkah kemungkinan akan terjadi nya mngandng ke doc??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebetulnya suntikan depo akan berada dalam badan anda selama 15 minggu setelah anda disuntik. Biasanya, anda akan mendapatkan suntikan seterusnya pada 3 bulan (12 minggu) setelah disuntik.
Sesetengah wanita mengalami ketidakseimbangan hormon setelah mendapat suntikan depo sehingga tidak terjadi ovulasi, maka haid pun tidak keluar. Seandainya masih ragu-ragu dengan kehamilan, sebaiknya anda melakukan pemeriksaan sederhana yaitu ujian UPT. Sedikit tips, adalah paling berkesan sekiranya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih pekat dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































