
Sulit
3 tahun
Pendarahan selepas bersama selepas bersalin
Saya wanita berumur 24 tahun, dan baru habis pantang. Kini anak saya berumur 2 bulan setengah. Saya bersalin secara normal dan vacuum serta ada koyakan episiotomi dan juga ada koyakan bukan dari episiotomi. Saya menerima banyak jahitan. Semasa bersama untuk pertama kali selepas bersalin, penis tidak dapat penetrasi ke dalam vagina saya kerana terlalu sakit dan ketat. Selepas setengah hari, faraj saya mengeluarkan darah yg berwarna merah terang dan makin lama makin banyak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan keterangan anda diatas, anda perlu elakkan daripada menjalani hubungan bersama buat sementara waktu untuk membolehkan kawasan vagina/perineum untuk sembuh. Anda mungkin berasa sakit dan darah keluar kerana ianya belum pulih sepenuhnya. Namun, jika perkara ini berterusan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan