
Anonymous
5 tahun
Pendarahan Selepas Seks
Saya wanita dalam 20an , saya sudah berapa kalu melakukan hubungan seks sebelum ini ,disebabkan teman lelaki beritahu vagina saya tidak ketat seperti sebelum ini dan saya memang mengalami masalah keputihan ketika anak dara lagi .jadi sy mengambil keputusan utk mengambil jamu makan dan juga insert ,saya sudah mempraktikkan nya hmpir seminggu , dalam arahan 1/2 kali insert dlm seminggu ttapi kerana ingin mendapatkan kesan yang cepat , sy insert 3/4 kali . Ttapi kalini agak mengejutkan saya apabila saya membuat seks kalini teman lelaki menegur vagina saya keluar darah. Mulanya saya sangkakan itu bukan darah tapi jamu tersebut, tapi ketika sy bekerja dan ingin ke tandas darah saya keluar dengan banyak . Saya tidak tahu apa masalahnya . Saya segan ingij berjumpa dengan doktor untuk memberitahu masalah ini .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, perdarahan setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.