Sulit
4 tahun
Pengambilan Norcolut
Saya wanita dalam 30an . Sudah berkahwin dan Kem punyai 2 anak. Saya mempunyai kitaran period yang tidak stabil . Bolehkah saya ambil Norcolut untuk memberhentikan period semasa saya bercuti?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Norculut adalah sejenis ubatan yang diberikan bagi merawat:
- Gejala premenstrual
- Mastodynia (sakit payudara)
- Kitaran haid yang tidak teratur
- Perdarahan rahim abnormal
- Endometrial hyperplasia (penebalan dinding rahim
- Endometriosis (apabila tisu dinding rahim tumbuh di tempat lain)
- Adenomyosis (keadaan yang mana lapisan dalam rahim bertumbuh menembusi otot rahim)
- Penangguhan haid
Untuk info dan maklumat lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.