
wanahmad200
5 tahun
Pengecutan bahagian zakar
Batang zakar saya mengecut dan agak ngilu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pengecutan zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat ubat-ubatan
- Akibat usia
- Akibat pemakaian baju atau pakaian dalam yang ketat
Oleh kerana keluhan ini bersifat subjektif, sebaiknya anda berbincang terlebih dahulu dengan doktor dan kaji semula ubatan dan faktor risiko yang terkait dengan anda. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan berat masalah adalah:
- perbanyakkan bersenam dan berolahraga
- amalkan hidrasi yang baik (minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari)
- elakkan pakaian dalam yang ketat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.