
Sulit
4 tahun
Penggunaan nasal spray dan rebounce effect dan risau covid19
Saya seorang lelaki berusia 29 tahun. Mengambil nasal spray jenis Oxymetazoline , selama 6 hari berturut-turut. Bila beberapa jam lepas tak menggunakannya , saya rasa hidung tersumbat dan kahak memenuhi tekak. Dan terasa tekak agak pedih sedikit? Dan apa bila saya menggunakan nasal spray itu kembali ianya hilang dan saya boleh bernafas secara normal? Adakah ini normal? Atau inikah yang dinamakan rebounce effect ? Dan boleh kan dr menerangkan cara mengatasinya , agak risau awalnya dengan hidung tersumbat kerana risau dgn simptom covid19. Harap kerisauan saya dapat diselesaikan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang penggunaan nasal spray jenis Oxymetazoline. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai penggunaan nasal spray. Untuk pengetahuan anda, ubat ini diambil bagi tujuan rawatan :
- Alahan
- Hidung tersumbat
- Selsema
Untuk menggunakan Nasal Spray :
- Kembangkan hidung anda. Pastikan kepala anda tegak dan masukkan hujung botol ke dalam satu lubang hidung. Tekan lubang hidung anda yang lain dengan jari anda. Tarik nafas dengan cepat dan perlahan-lahan semburkan ubat ke hidung anda. Kemudian gunakan semburan di lubang hidung anda yang lain.
- Jangan meniup hidung sekurang-kurangnya beberapa minit selepas menggunakan semburan hidung.
Kebiasannya selepas ubat ini diambil melalui hidung, anda akan merasa tidak selesa, irritasi dan bersin. Kesan sampingan pengambilan ubat ini jarang berlaku. Sekiranya kesan kesan dibawah berlaku, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin bagi mendapatkan rawatan dan nasihat yang selanjutnya :
- Penglihatan kabur
- Sakit kepala, pening
- Tekanan darah tinggi (hypertensi)
- Hidung tersumbat bertambah teruk
- Hidung berair
- Masalah tidur
- Degupan jantung laju atau tidak teratur
Penggunaan ubat ini secara berterusan ataupun terlalu lama boleh menjadikan gejala anda bertambah teruk atau menyebabkan masalah hidung terumbat hilang dan kembali semula.
Pengambilan ubat ini perlulah mematuhi kadar dos yang telah ditetapkan oleh doktor anda. Pastikan ianya diambil pada waktu yang ditetapkan dan elakkan pengambilan ubat ini secara berlebih-lebihan.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda