
Sulit
4 tahun
Pening kepala dan sakit kepala sikit
Dr. Saya mahu bertanya kepala saya sering terasa pening dan kadang sakit kepala di bahagian kiri belakang namun tak serious cuma kadang2 terasa. Tapi saya juga sakit kepala di kwasan hidung Dan atas hidung. Tapi pening kepala tu agak kerap even tengok laptop pun rasa pening sgt2 tiba2. Kadang2 berjalan or tak buat apa2 pun rasa pening. Saya rasa dah berlarutan selama 5 hari. Tapi bangun drpd baring memang akan pening sgt2. Eye sight saya pun seperti makin rabun dan blurry. Saya ada tak tidur hampir satu hari haritu. Adakah disebabkan saya sleep deprived?

4 tahun
Hai, selamat petang dan terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang migrain.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu migrain. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan pening kepala, antaranya ialah:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo. Iaitu masalah pada telinga bahagian dalam membuatkan anda rasa pusing dan pening
- Penyakit Meniere’s
- Keradangan pada telinga bahagian dalam (Vestibular neuritis atau labyrinthitis) yang berpunca daripada kecederaan ataupun migrain
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang ibu anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah pening kepala.