
Sulit
4 tahun
Pening Kepala mual rasa nak muntah
Saya lelaki berumur 24tahun rasa pening mual mual bila bangun rasa nak terjatuh telinga sebelah Kiri Saya bengkak susah untuk tidur malam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda hadapi mungkin berkaitan andatara satu sama lain atau tidak. Namun, pihak kami tidak boleh untuk membuat kesimpulan mengenainya sekarang. Banyak lagi soalan yang harus ditanyakn untuk pihak kami memahami masalah sebenar yang anda hadapi.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini pening kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- vertigo
- anemia (kurang darah merah)
- jangkitan kuman/masalah di dalam telinga
- orthostatic hypotension
- pengambilan ubat tertentu
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, sekiranya anda mengalami gejala ini berterusan/menganggu aktiviti seharian anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.