Sulit
2 tahun
Pening kepala rasa berpusing akibat lama menggunakan laptop
Hi doctor. Saya wanita berumur 23 tahun. Saya pelajar tahun akhir. Jadi banyak kerja kena buat menggunakan laptop terutamanya projek tahun akhir. Sejak kebelakangan ini saya rasa pening, berat kepala jika mennggunakan laptop dalam 30 minit. Saya juga pesakit GERD dan vertigo. Adakah disebabkan GERD atau vertigo menyebabkan saya pening ketika menggunakan laptop?. Terima kasih Doctor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah pening kepala rasa berpusing ketika menggunakan laptop. Untuk makluman pihak anda, masalah pening kepala sehingga rasa berpusing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
- Kurang thiamin dalam diet
- Anemia - kurang sel darah merah
- Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
- Glaukoma mata
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih