Sulit
4 tahun
Pening kepala selama tiga hari dan timbul bintik-bintik merah pada tangan dan badan
Hai… Saya berumur 22 tahun. Saya nak tanya, sekarang saya sedang period. Saya sudah mengalami sakit kepala selama 3 hari berturut-turut,selera makan ada, tapi lepas makan mesti nak muntah. Hari ketiga,ada bintik-bintik merah naik dekat tangan dan badan… Sebelum ni tak pernah jadi macam ni. Boleh saya tahu ini adalah sebab perubahan hormon atau simptom penyakit apa-apa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda hadapi mungkin berkaitan andatara satu sama lain atau tidak. Namun, pihak kami tidak boleh untuk membuat kesimpulan mengenainya sekarang. Banyak lagi soalan yang harus ditanyakn untuk pihak kami memahami masalah sebenar yang anda hadapi.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini pening kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- vertigo
- anemia (kurang darah merah)
- jangkitan kuman/masalah di dalam telinga
- orthostatic hypotension
- pengambilan ubat tertentu
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, sekiranya anda mengalami gejala ini berterusan/menganggu aktiviti seharian anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala .































