
inazganu
5 tahun
Perancangan untuk hamil
Hai,sy merancang untuk hamil.sy telah memgamalkan suplemen asid folik, evening Primrose oil , multivitamin n beberapa suplemen lain.kenapa sy masih sukar untuk hamil n apakah cara lain untuk merancang kehamilan?.Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, supplemen yang diambil tersebut seperti folic acid adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko kejadian kecacatan pada bayi akibat masalah pembentukan saluran saraf. Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa ketidaksuburan dapat terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur
- masalah organ-organ pembiakan seperti bentuk rahim
- masalah hormon
- parut atau sumbatan tiub fallopian
- akibat jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- akibat endometriosis yaitu apabila tisu rahim tumbuh diluar rahim
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Oleh itu, anda dan pasangan disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.