
Sulit
5 tahun
Period datang lewat hari ke 10
Saya berusia 27thun dan baru asalah saya sekarang dh hmapir 10hri priod saya xddatang dan dah 2kli saya gna test prgnt tpi negetif dan saya ada mengambil ubat datang period …dan dah mkn ubat datang priod selama 5hari…melahirkan ank sekarang sudah berusia 1thun 6bulan…selalu priof saya akan datang selepas hbis ubat perancang 4hari

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.